.

Salam Perpisahan..


Sekali lagi Warga SKMJ kehilangan seorang guru kali ini beliau adalah En.Azmi bin Wahid (GPKHEM)
Namun kami di SKMJ mendoakan kejayaan anda di dunia dan akhirat, mendidik anak bangsa..

Sayonara!

Pada 1 JUN 2010 Warga SKMJ melahirkan rasa dukacita apabila seorang guru telah berpindah ke sekolah lain.Beliau adalah En Hasnan Bin A.Rahman berpindah ke (SK Senai)
Namun begitu, warga SKMJ mendoakan yang terbaik untuk En Hasnan, selamat bertugas di tempat baru. Semoga anda tidak melupakan kenangan di SKMJ.

Tatapan Buat Warga SKMJ


April hampir menutup tirainya. Mei menyingkap sejarah yang belum kita tahu apa isinya. Apa yang pasti warga SKMJ telah mengharungi 4 bulan yang penuh mencabar dan penuh pengisian. Bulan yang benar-benar menguji kita sebagai warga pendidik dan merialisasikan Falsafah Pendidikan Negara.

Satu persatu program yang telah diatur dijayakan dengan cemerlang untuk memastikan murid mendapat manfaatnya ketika berada di SKMJ. Syabas warga SKMJ. Kejayaan ini tidak akan dapat dinikmati seandainya kita tidak mewujudkan rangkaian yang kuat bersama PIBJ SKMJ yang ditunjangi oleh En. Sorono bin Karimin. Seandainya ini dapat diteruskan, insyaallah kita dapat mendepani segala cabaran dan rintangan.

Mei menyingkap tirainya beberapa hari sahaja lagi. Jangan lupa muhasabah diri kita sepanjang 4 bulan yang telah melabuhkan sauhnya. Kadangkala kita terlupa setiap manusia mempunyai kelemahannya. Justeru kelemahan itulah yang perlu kita perbaiki untuk memantapkan diri dan organisasi di kemudian hari.

Murid-murid sedang berada di dalam mood belajar memandangkan Ujian Pertengahan Tahun dan UPPM2 yang menghitung hari untuk sampai ke destinasinya. Jangan lupa ikrar kita sebagai warga pendidik. Sudah semestinya rakan-rakan mengigati dan sudah pasti rakan-rakan mentaatinya. Ayuh....mari kita lunaskan apa yang terhutang, mari kita siapkan mana yang tergantung, mari kita bereskan mana yang belum dibereskan agar anak murid menjadi pembina bangsa yang berjaya.

Semoga apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil dan menjana kecemerlangan SKMJ ke persada Daerah Kulaijaya khususnya. SKMJ bukanlah akronim bagi "Sekolah Kurang Maju Jaya" tetapi kita gahkan nama SKMJ dengan "Sekolah Kami Maju Jayanya" Itulah janji kita.



"Mari Pecahkan Ruyung"

Cikgu Risam

KEJOHANAN OLAH RAGA 2010



Tahniah kepada rumah kuning

Berikut mata rumah sukan:-

kuning 213
Biru 207
Merah 188

Cikgu Bob

Sukan Tahunan Kali Ke-13

Diam tak diam dah nak sukan balik. Sejak latihan bermula pada hari Selasa lepas, nampaknya semua guru dan kakitangan sekolah tak sabar-sabar menunggu hari kemuncak iaitu pada 10 April 2010 untuk menentukan pasukan manakah yang akan muncul johan dalam edisi kali ke-13 ini.

Rumah Merah (USM) juara bertahan menanti penuh debaran saingan sengit pasukan Kuning (UTM) dan Biru (UKM). Melalui semangat kesukanan yang tinggi, semangat muhibah dapat dijalin antara pegawai dan peserta sekaligus dapat mewujudkan persaingan yang sihat.

Dalam masa yang sama, jangan lupa perihal akademik anak-anak didik kita. Sukan dan akademik mesti seimbang umpama seimbangnya dalam melayari kehidupan antara dunia dan akhirat. Semoga apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil dan mendatangkan impak untuk anak didik agar dapat dikenang sepanjang zaman.

Semoga berjaya!

Mesyuarat Agong PIBG 2010

Tahniah kepada guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid-murid SK Murni Jaya kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong PIBG 2010 pada 27 Mac yang lalu.

Pada tahun ini, pemilihan baru telah diadakan dan seperti dijangka YDP PIBG En. Surono Bin Karimin tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan jawatan yang disandang sejak dua tahun lepas setelah berjaya menewaskan En. Mohd. Daud Bin Parman.

AJK PIBG Sesi 2010/2011 ini menggabungkan muka baru dan lama. Ada dalam kalangan mereka baru dilantik untuk menganggotai barisan kabinet PIBG sesi 2010/2011 manakala ada yang berjaya mengekalkan jawatannya.

AJK PIBG ini telah bersidang buat pertama kalinya pada 30 Mac 2010 untuk membincangkan hala tuju dan dasar selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan.

Apa yang diharapkan, ikatan dan hubungan yang telah terbina sekian lama antara PIBG dan warga pendidik akan dapat ditingkatkan untuk memastikan SK Murni Jaya mencapai kecemerlangan dalam semua aspek dan bidang yang dirancang. Objektif utama ialah untuk memastikan UPSR tahun ini akan menghasilakan calon 5A.

"Ayuh...mari pecahkan ruyung..."

Kedudukan Terkini Rumah Sukan

Kedudukan Terkini Rumah Sukan

  1. Rumah Kuning - 86 mata
  2. Rumah Biru - 76 Mata
  3. Rumah Merah - 69 Mata

Saingan telah bermula...Juara bertahan telah ketinggalan. Syabas pasukan lain yang telah berusaha untuk memberikan saingan sengit dalam kejohanan tahun ini. Semoga berjaya...

SKMJ mempunyai Email sendiri


Kepada semua warga pendidik dan staff sokongan sekolah kita mempunyai email sila muat turun di bawah untuk rujuk manual Terima Kasih

Setup_email
daftar

Selamat Bertugas di tempat baru


Warga SKMJ melahirkan rasa dukacita apabila seramai 1 orang guru dan 1 staff AKS telah berpindah ke sekolah lain. Mereka ialah :

En Saiful Bahari ke (SK Indahpura 2)

Pn Mazwinah bt Mohamad Isa ke (SK Sungai Boh Pontian)

Namun begitu, warga SKMJ mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua dan mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Semoga kalian tidak melupakan kenangan di SKMJ.

Selamat Datang & Selamat Bertugas


Warga SKMJ mengalu-alukan kedatangan TIGA orang guru baru dan seorang staff AKS iaitu :

En Zainuan Bin Ismail

Cik Nadiah Bt Harun

Cik Norazlina Binti Abdul Razak

Cik Siti Hajar Daraoh

Selamat datang diucapkan kepada mereka. Semoga kita bersama-sama dapat bermuafakat dan bekerjasama menjadikan SK Murnijaya sebagai sekolah cemerlang 2010.

Tahun 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah Dari Warga SKMJ. Semoga Tahun 2010 sekolah kita mencapai keputusan yang lebih cemerlang dari tahun-tahun yang sebelumnya..AYUH BUKTIKAN KITA BOLEH!!