Tahniah kepada guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid-murid SK Murni Jaya kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong PIBG 2010 pada 27 Mac yang lalu.
Pada tahun ini, pemilihan baru telah diadakan dan seperti dijangka YDP PIBG En. Surono Bin Karimin tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan jawatan yang disandang sejak dua tahun lepas setelah berjaya menewaskan En. Mohd. Daud Bin Parman.
AJK PIBG Sesi 2010/2011 ini menggabungkan muka baru dan lama. Ada dalam kalangan mereka baru dilantik untuk menganggotai barisan kabinet PIBG sesi 2010/2011 manakala ada yang berjaya mengekalkan jawatannya.
AJK PIBG ini telah bersidang buat pertama kalinya pada 30 Mac 2010 untuk membincangkan hala tuju dan dasar selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan.
Apa yang diharapkan, ikatan dan hubungan yang telah terbina sekian lama antara PIBG dan warga pendidik akan dapat ditingkatkan untuk memastikan SK Murni Jaya mencapai kecemerlangan dalam semua aspek dan bidang yang dirancang. Objektif utama ialah untuk memastikan UPSR tahun ini akan menghasilakan calon 5A.
"Ayuh...mari pecahkan ruyung..."